Banjir lima negeri makin buruk, mangsa cecah 62,862 

Banjir lima negeri makin buruk, mangsa cecah 62,862 

TIGA pelajar meredah air di jalan yang dilanda banjir ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Kuala Berang, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Banjir yang melanda lima buah negeri bertambah buruk selepas 62,862 mangsa dipindahkan ke 444 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 8 ini.

 Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila seramai 50,917  mangsa membabitkan 15,803 keluarga dipindahkan ke 207  PPS di 10 jajahan. 

Di Terengganu, sebanyak 211  PPS dibuka di enam daerah bagi menempatkan 10,227 mangsa membabitkan 3,085 keluarga.

Di Perlis, empat  PPS menempatkan 327 mangsa daripada 96  keluarga di Perlis dibuka susulan kediaman dilanda banjir.

Di Kedah, sebanyak 21  PPS telah dibuka bagi menempatkan 1,371 mangsa daripada 473 keluarga selepas kediaman mereka dinaiki air.

Di Perak, satu PPS dibuka di daerah Kerian untuk me­nempatkan 20 mangsa membabitkan tujuh keluarga selepas kediaman mereka dinaiki air akibat banjir.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya