Banjir Kelantan: Pasir Mas daerah paling teruk terjejas

Banjir Kelantan: Pasir Mas daerah paling teruk terjejas

LALUAN masuk ke Rantau Panjang di tutup kepada semua kenderaan di Repek, Pasir Mas, Kelantan selepas ditenggelami banjir, kelamarin-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Banjir Kelantan semakin memburuk menyaksikan Pasir Mas menjadi daerah paling teruk terjejas apabila seramai 22,156 mangsa sedang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut InfoBencanaJKM setakat pukul 5 pagi tadi, kesemua mangsa dari 7,509 itu berlindung di 53 PPS.

Katanya, Tumpat menjadi daerah kedua paling teruk terjejas apabila menempatkan 8,434 mangsa diikuti Kota Bharu (5,994), Kuala Krai (5,253) Pasir Puteh (4,946), Machang (4,395), Tanah Merah (4,366), Bachok (2,817) Jeli (830) dan Gua Musang (46).

“Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan ketika ini 59,187 orang. Kesemua mereka sedang berlindung di 221 PPS melibatkan 10 daerah,” katanya.

Sementara itu tujuh sungai utama di negeri ini masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Lebir (Tualang, Gua Musang), Tangga Krai (Kuala Krai), Sungai Golok masing-masing di Jenob (Tanah Merah), Rantau Panjang dan Kuala Jambu (Tumpat) serta Semerak (Pasir Puteh).

Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri menasihatkan semua penduduk di kawasan rendah dan berisiko untuk segera berpindah ke PPS.

Katanya, hujan lebat peringkat bahaya dijangka berlaku sehingga hari ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya