Banjir Kelantan: 44 mangsa banjir masih berlindung di PPS

Banjir Kelantan: 44 mangsa banjir masih berlindung di PPS

KAMPUNG Tersang, Rantau Panjang, Kelantan mula ditenggelami banjir sejak semalam-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 44 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, Bachok dekat sini selepas rumah mereka ditenggelami air sejak Jumaat lalu.

Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri berkata, setakat pukul 8 pagi tadi kesemua mangsa itu daripada 12 keluarga yang menetap di Kampung Budi, Tawang.

“Setakat ini dua batang sungai iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Semerak, Pasir Puteh masih melepasi paras amaran.

“Sementara Sungai Golok di Kuala Jambu (Tumpat) dan Sungai Melor, Jambatan Melor (Kota Bharu) berada pada tahap waspada,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Sekretariat APM, sungai utama lain pula berada pada paras normal.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya