Banjir kali ini lebih buruk berbanding dua tahun lalu - Utusan Malaysia

Banjir kali ini lebih buruk berbanding dua tahun lalu

KEADAAN banjir di Taman Pinggiran Sungai Kelamah, Gemas, Tampin berikutan hujan berterusan sejak semalam.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Penduduk di Taman Pinggiran Sungai Kelamah, Gemas di sini menyifatkan banjir yang berlaku di sekitar kawasan itu sejak awal pagi tadi lebih buruk berbanding bah pada dua tahun lalu.

Ketua Taman Pinggiran Sungai Kelamah, Mohd. Azhari Mohd. Diah, 56, berkata, banjir kali ini menyebabkan rumah di 12 daripada 14 Lorong di taman perumahan tersebut dinaiki air.

“Air naik mendadak selepas hujan berterusan bermula pukul 8 malam semalam. Kira-kira pukul 2.30 pagi siren banjir berbunyi dan air naik sangat cepat, apabila keadaan semakin buruk, penduduk keluar ke tempat lebih tinggi.

“Sehingga pukul 3 petang tadi, 80 peratus daripada 317 rumah di sini, terjejas banjir. Sementara menunggu bantuan pindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), kami bergotong-royong memasak menggunakan barang yang berjaya diselamatkan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Seorang warga emas dari Kampung Sungai Kelamah, Hashimah Ali, 65, turut menyatakan perkara yang sama kerana kejadian pada 1 Januari 2022 itu sangat diingatinya kerana telah mengorbankan suaminya.

“Pada tahun 2022 saya masih boleh melalui jalan keluar namun kali ini paras air lebih tinggi. Pada pukul 3.30 pagi saya sedar rumah sudah dinaiki air selepas hujan berterusan.

“Air naik setinggi dua meter, memang saya tidak lepas ke mana-mana. Saya dan anak sulung, Muhamad Nor Yusuf Rosli, 36, kemudian duduk di tingkat dua rumah menunggu bantuan tiba. Alhamdulilah, kami naiki bot sejauh 300 meter untuk berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gedok.

Sementara itu, terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan turut menyelamatkan seramai 36 orang pekerja sebuah ladang ternakan ayam di Gemencheh dekat sini yang terperangkap dalam banjir di ladang ternakan tersebut

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian pada pukul 9.50 pagi dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa terdiri daripada 33 orang lelaki warganegara asing dan tiga wanita tempatan yang kemudian telah dibawa ke PPS SK Gedok.-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya