'Bangladesh perlu perjelas tujuan ekstradisi dua ahli perniagaan' - Utusan Malaysia

‘Bangladesh perlu perjelas tujuan ekstradisi dua ahli perniagaan’

SAIFUDDIN Nasution Ismail (dua dari kanan) ketika menghadiri Majlis Penyerahan Projek Depot Tahanan Imigresen dan Kuarters Jawi Pulau Pinang di Nibong Tebal, Pulau Pinang.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Bangladesh perlu memberi penjelasan kepada kerajaan Malaysia berhubung tujuan permohonan ekstradisi dua ahli perniagaan mereka iaitu Aminul Islam dan Ruhul Amin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dalam hal ini, negara itu telah menghantar pemakluman rasmi kepada Bukit Aman, namun, tidak dinyatakan tujuan permohonan ekstradisi terbabit.

“Saya kemudiannya telah berbincang dengan IGP (Ketua Polis Negara) dan Peguam Negara. Kita kena jelas dulu apakah objektif (ekstradisi). Kalau untuk tujuan siasatan, kaedahnya adalah pihak Bangladesh kena gunakan saluran Mutual Legal Assistance (MLA).

“Sekiranya mereka bertujuan mahu nama-nama itu dituduh di mahkamah (Bangladesh), maka, mereka perlu ‘invoke’ (jelaskan) tujuan ekstradisi,” katanya ketika ditemui media dalam Majlis Penyerahan Projek Depot Tahanan Imigresen dan Kuarters Jawi Pulau Pinang di sini, hari ini.

Sebelum ini, Aminul dan Ruhul didakwa memainkan peranan penting dalam sistem yang didakwa terlibat ‘memeras wang secara curang’ daripada mangsa seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg.

Pada 24 Oktober lalu, cawangan Interpol Bangladesh menulis kepada rakan sejawatnya di Malaysia bahawa kedua-duanya didakwa mendedahkan mangsa mereka kepada penyeksaan fizikal dan mental. Bagaimanapun, Aminul dan Ruhul menafikan tuduhan tersebut.

Polis Bangladesh turut meminta Putrajaya menghentikan sementara penggunaan perisian komputer yang dibekalkan oleh Bestinet Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan Aminul, kelahiran Bangladesh yang kini warga Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan tiga warganegara Malaysia yang mendakwa adalah ‘wakil kerajaan’ berhubung siasatan pengubahan wang haram, pemerasan dan pemerdagangan pekerja asing melibatkan pekerja warga negara itu.

Baru-baru ini, media melaporkan sekurang-kurangnya dua portal berita Bangladesh mendakwa ketiga-tiga individu tersebut melawat negara itu pada September lalu sebagai wakil kerajaan serta memberi maklumat palsu mengenai siasatan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya