Azalina Othman diumum Pengerusi Akademi Antirasuah Antrabangsa baharu - Utusan Malaysia

Azalina Othman diumum Pengerusi Akademi Antirasuah Antrabangsa baharu

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik menjadi Pengerusi Akademi Antirasuah Antarabangsa.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan tersebut selepas Malaysia memperoleh undi tertinggi yang pernah diraih sejak kemerdekaan negara dalam undian di United Nations Commission on International Trade Law untuk 2025-2031.

Kata beliau, pencapaian tersebut merupakan bukti bahawa peranan Malaysia dalam membanteras isu rasuah nasional di angkat di peringkat antarabangsa.

“Hubungan antara meningkat sebenarnya umpama berita yang terkini dalam pertandingan United Nations Commission on International Trade Law untuk 2025-2031, Malaysia mendapat undi tertinggi 179 daripada 183. Ini rekod yang belum pernah dicapai sejak merdeka.

“Dalam Akademi Antirasuah Antarabangsa yang dianggotai 85 negara, ia mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Maka Malaysia sudah diberikan dukungan untuk menjadi ketua Akademi Antirasuah Antarabangsa dan Azalina akan mempengerusikan badan antarabangsa berkenaan,” katanya sewaktu sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya