AS masih pelabur utama di Malaysia - Anwar - Utusan Malaysia

AS masih pelabur utama di Malaysia – Anwar

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendirian Malaysia dalam mempertahankan Palestin tidak menjejaskan hubungan perdagangan baik dengan Amerika Syarikat (AS) yang menjadi pelaburan utama negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jalinan hubungan baik dengan AS dan Eropah tidak boleh menafikan hak Malaysia yang turut mengambil langkah-langkah perlu bagi mengekalkan hubungan itu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia harus menggunakan kebijaksanaan dan mengekalkan hubungan diplomatik yang baik kepada semua negara,

Justeru beliau tegaskan Malaysia dalam dasar luar negara yang menekankan kebebasan menyuarakan hak dan juga sebagai mewakili sentimen rakyat Malaysia termasuk dalam aspek mengekalkan prinsip pemusatan apabila mengambil alih kepengerusian ASEAN.

“Hubungan tradisional dengan AS dan Eropah akan diteruskan tetapi ia tidak boleh menafikan hak kita untuk menyuarakan pandangan yang mewakili sentimen rakyat Malaysia.

“Hubungan pendirian yang tegas dalam beberapa isu termasuk Gaza dan Unfair Trading Practices serta Reform United Nation dan juga beberapa penderian barat yang kurang disenangi tidak menjejaskan kepentingan perdagangan setakat ini.

“Kita tidak hanya jalin hubungan yang baik dengan (pentadbiran Presiden Joe Biden, tapi juga dengan bakal Presiden Donald Trump. (Pada masa sama) kita juga perlu suarakan kepekaan rakyat Malaysia.

“Kita tahu perdagangan AS masih nombor satu dari segi pelaburan di Malaysia. Strategi kita juga membuka ruang dan menyebabkan kita bersama dengan China, India dan pasaran baharu negara-negara besar.

“Kita harus menggunakan kebijaksanaan dan mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara berkenaan,” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lanjut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) mengenai usaha Malaysia menseimbangkan hubungan dengan AS apabila Trump mengambil ali pentadbiran ketika Malaysia turut menjalin hubungan dengan Palestin, Rusia dan China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya