ALOR GAJAH: “Abang, kerjalah elok-elok kerana kau ada tanggungjawab besar selepas ini,” demikian pesanan terakhir Allahyarham Mokthar Othman, 61, yang ditemukan mati lemas di Sungai Pengkalan, Taman Persisiran Sungai di sini, kelmarin. Anak tunggal mangsa, Muhammad Syukri Mokthar, 23, berkata, kata-kata itu merupakan pesanan terakhir ayahnya selepas solat subuh, Jumaat lalu di rumah mereka di Shah Alam, Selangor sebelum mereka sekeluarga bertolak ke Taman Seri Manggis, Machap bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara. Menurutnya, tidak terlintas di fikirannya bahawa pesanan itu mempunyai maksud mendalam kerana pada awalnya menganggap ia sebagai pesanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya