Anwar ucap  takziah kepada keluarga mendiang Ananda

 Anwar ucap  takziah kepada keluarga mendiang Ananda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucap  takziah kepada keluarga  atas pemergian Tan Sri T. Ananda Krishnan. 

Perdana Menteri berkata, jasa dan sumbangan mendiang akan terus diingat rakyat di negara ini.

“Terima perkhabaran pemergian mendiang Ananda Krishnan hari ini. Saya utus takziah buat keluarga mendiang dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

“Sumbangan mendiang dalam dunia korporat, filantropi dan kemasyarakatan pasti akan terus diingati,”katanya dalam kenyataan di muat naik di Facebook hari ini. 

Ananda yang sering dirujuk sebagai ‘AK’ adalah antara individu terkaya di Malaysia, dengan nilai bersih dianggarkan lebih AS$5 bilion.

Terkenal dengan sikap rendah dirinya, mendiang membina empayar yang pelbagai merangkumi telekomunikasi, media dan tenaga melalui syarikatnya, Usaha Tegas.

Dilahirkan pada 1938 di Brickfields, Kuala Lumpur, Ananda memperoleh ijazah dalam sains politik dari University of Melbourne dan kemudiannya menamatkan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Harvard Business School.

Perjalanannya dalam perniagaan bermula dengan usaha dalam perdagangan minyak, yang akhirnya berkembang menjadi pelaburan dalam teknologi dan media.

Antara pegangan kepentingannya termasuk dalam syarikat telekomunikasi Maxis, Astro Malaysia Holdings Bhd dan Bumi Armada Bhd. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya