Anwar mahu RUU Mufti dibincang secara sihat, positif - Utusan Malaysia

Anwar mahu RUU Mufti dibincang secara sihat, positif

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu dialog atau wacana yang sihat perlu diadakan bagi bagi membincangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud bantahan yang datang daripada mereka yang memiliki pandangan berbaur Islamofobia.

Beliau berkata, terdapat pihak yang tidak dapat membezakan antara ‘pandangan fanatik pelampau’ dan keperluan untuk mempromosikan Islam secara sederhana.

“Ia memerlukan wacana yang sihat dan beralasan membabitkan semua perspektif dalam usaha menyelesaikan polemik yang menyelubungi RUU terbabit.

“Ada juga fobia tertentu. Setiap kali apa-apa yang berkaitan dengan Islam disebut, kita melihat beberapa tahap Islamofobia,” katanya dalam temu bual bersama portal tempatan.

RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 yang dijangka dibahaskan di Dewan Rakyat bulan ini mendapat kritikan pelbagai pihak kerana didakwa memberikan kuasa tidak dikawal kepada pegawai agama.

Namun, semua pihak diminta menghormati langkah kerajaan bagi menggubal (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan dalam usaha mengangkat martabat dan kedudukan institusi mufti.

Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM), Abu Suffian Abu Yaziz berkata, langkah penggubalan RUU itu sejajar dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan akta yang berkuat kuasa di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya