Amalan buli harus dipandang serius semua pihak - Utusan Malaysia

Amalan buli harus dipandang serius semua pihak

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kanan) bersalaman dengan warga UPNM sambil diiringi Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (kanan) usai solat Jumaat di Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini, hari ini. Gambar;MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Budaya buli di mana-mana pusat pendidikan mesti diberikan perhatian serius walaupun bukan berada di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sikap buli melampau tidak dibenarkan di mana-mana premis pendidikan.

Berhubung kejadian buli di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK)-Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), beliau menjelaskan, Kementerian Pertahanan akan memaklumkan perkembangan siasat.

“Kita kena faham dalam konteks UPNM, dia ada dua institusi iaitu pertama, UPNM dan kedua, ALK.

“Yang berlaku ini adalah di akademi (ALK) itu sendiri. Namun kita tidak boleh melepaskan (perkara sedemikian).

“Seperti mana disebut oleh Perdana Menteri, apa sahaja, institusi mana sekali pun, dalam konteks hari ini dalam akademi tentera, semua itu kita kena beri perhatian serius kerana perbuatan buli yang melampau tidak boleh kita benarkan sama sekali,” katanya.

Beliau ditemui media di pekarangan Masjid Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) selepas menunaikan solat Jumaat di sini hari ini.

Baru-baru ini, seorang Pegawai kadet ALK UPNM, dipercayai menjadi mangsa buli pelajar senior.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya