Aktivis politik dakwa difitnah

Aktivis politik dakwa difitnah

ZAMIL Ibrahim (kanan) alam sidang akhbar yang dilakukan di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang aktivis politik mendakwa dia difitnah susulan satu laporan ra­suah terhadapnya oleh seorang pendakwah selebriti yang dipercayai bertujuan menjejaskan kariernya.

Aktivis tersebut, Zamil Ibrahim berkata, dakwaan rasuah itu juga seolah-olah untuk menjejaskan kredibilitinya sebagai saksi dalam satu kes mahkamah yang dihadapi oleh pendakwah berkenaan.

Sehubungan itu, Zamil yang baru dilepaskan daripada tahanan reman kelmarin berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu membuat satu laporan polis terhadap penahanannya di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini, kelmarin.

“Laporan SPRM oleh pendakwah itu saya anggap palsu dan fitnah jahat, satu penganiayaan, merosakkan kredibiliti malah cubaan menjejaskan ka­rier politik saya di mata pemimpin yang saya hormati.

“Laporan tersebut juga menjejaskan nama baik polis termasuk IPD Dang Wangi berhubung kait dengan satu laporan polis yang pernah saya buat pada 20 Oktober tahun lepas berkaitan penyalahgunaan wang orang ramai yang menderma ke akaun pendakwah itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Mengulas lanjut Zamil berkata, tuduhan terhadapnya yang seolah-olah boleh mengarahkan pihak berkuasa menghentikan siasatan tersebut ke atas pendakwah berkenaan adalah tidak wajar.

Zamil mendakwa, dia dihubungi pendakwah itu dua minggu lepas untuk berjumpa bagi menyelesaikan pertelingkahan antara mereka.

“Saya tidak pernah jangka pertemuan di masjid itu bersama wang dan rombongan SPRM Kedah. Saya tidak pernah meminta wang atau menetapkan harga. Beliau hadir di masjid untuk bertemu pada 5 November setelah saya selesai solat jenazah dan membawa wang.

“Kemudian datang SPRM Kedah dan menyatakan berlaku cubaan merasuah. Selepas tahanan reman tamat saya buat laporan polis,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya