Akta khusus antibuli takutkan pembuli

Akta khusus antibuli takutkan pembuli

Malaysia memerlukan akta antibuli bagi mengekang kes-kes buli. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu segera mewujudkan akta khusus antibuli sebagai pengajaran dan membangkitkan ketakutan kepada pembuli.

Langkah ini berikutan tiada peruntukan undang-undang khusus yang dibuat bagi menangani kes buli yang meningkat sehingga menyebabkan kecede­raan parah, tekanan mental atau kematian kepada mangsa buli.

Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, kerajaan perlu mengambil langkah segera mewujudkan akta itu supaya pihak berkuasa tidak hanya bergantung kepada kanun keseksaan.

“Si pembuli tidak tahu apa itu kanun keseksaan. Ini menyebabkan mereka tidak berasa takut untuk jadi pembuli. Hukuman juga perlu setimpal dengan keadaan mangsa dari segi fizikal dan mental.

“Pembuli ini seperti orang yang mempunyai sakit jiwa. Ia merasakan dengan menjadi pembuli dapat menunjukkan kehebatan dirinya,” katanya kepada Mingguan Malaysia.
Khamis lalu akhbar ini me­laporkan, seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ALK-UPNM) Sungai Besi dipercayai menjadi mangsa buli pelajar senior dengan dadanya turut ditekap seterika.

Sementara itu, Pengerusi Per­tubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, budaya buli memberi ancaman kepada seseorang sekiranya ia tidak ditangani segera.

“Satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan bagi menangani isu buli khususnya dalam bidang pendidikan. Akta tersebut perlu diteliti secara menyeluruh dengan memeriksa aspek perundangan yang berkaitan dan melaksanakan pindaan yang perlu pada undang-undang.

“Selain itu, pihak kerajaan juga perlu mempertimbangkan tindakan lain yang diperlukan untuk menangani isu buli ini,” katanya.

Tambah Lam Thye, pihak berwajib perlu mencegah budaya buli agar ia tidak dianggap perkara biasa dan normal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya