SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menasihatkan graduan tidak memilih kerja bagi memastikan peluang pekerjaan tidak direbut oleh pekerja asing yang akhirnya merugikan diri sendiri dan negara. Titah baginda, para graduan hendaklah menyambut peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pelbagai sektor dan industri di negara ini. “Jika terlalu memilih, para graduan akan kekal menjadi penganggur terhormat dan peluang pekerjaan yang ada akan direbut oleh pekerja asing, akibatnya awak semua dan negara yang akan rugi,” titah baginda. Sultan Ibrahim bertitah demikian pada majlis pemasyhuran baginda sebagai Canselor Universiti Teknologi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya