90 motosikal antara 101 kenderaan disita JPJ - Utusan Malaysia

90 motosikal antara 101 kenderaan disita JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sebanyak 90 motosikal antara 101 kenderaan yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan  (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ( WPKL) hari ini kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Tindakan itu diambil menerusi  Operasi Pemandu Warga Asing (Ops Pewa) Siri 11 selaras dengan Op Khas Motosikal yang dilancarkan secara rasmi pada 1 November lalu.

Operasi yang diketuai Bahagian Penguatkuasa JPJ WPKL,  Raja Nursyuhaidah Raja Azmi adalah sebahagian daripada usaha memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang dalam kalangan pemandu warga asing di jalan raya.

JPJ dalam satu kenyataan berkata, sepanjang operasi itu, sebanyak 1,458 kenderaan diperiksa, dengan 243 telah diambil tindakan.

“Antara kesalahan utama yang dikenal pasti adalah tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, dan tiada insurans.

“Pemeriksaan ini turut melibatkan 78 pemandu warga asing dari beberapa negara, termasuk Pakistan, Indonesia, Bangladesh, dan Myanmar,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, langkah ini diambil bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu warga asing yang tidak mematuhi undang-undang.

“Penunggang dan pemilik motosikal di seluruh negara diingatkan untuk sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, termasuk memakai topi keledar, mempunyai lesen memandu dan LKM sah, serta mematuhi peraturan lalulintas yang lain.

“JPJ menyeru semua pengguna jalan raya, khususnya warga asing dan penunggang motosikal, untuk memastikan kepatuhan terhadap undang-undang demi keselamatan bersama,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya