8,000 penjawat awam Pahang terima bonus sebulan setengah gaji

8,000 penjawat awam Pahang terima bonus sebulan setengah gaji

WAN ROSDY Wan Ismail membentangkan Belanjawan Pahang 2025 di Wisma Sri Pahang di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri ini akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan setengah gaji melibatkan peruntukan RM33.3 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian BKK itu dijangka akan dikreditkan sekitar Januari tahun depan.

Katanya, ia sebagai menghargai sumbangan dan memberi motivasi kepada penjawat awam negeri ini meneruskan kerja dengan baik dan meningkatkan pencapaian masing-masing.

“Sebagai menghargai sumbangan dan motivasi untuk meneruskan kerja baik dan meningkatkan pencapaian pada masa hadapan, saya mengumumkan suatu Bantuan Khas Kewangan kepada anggota perkhidmatan awam negeri ini.

“Kerajaan negeri bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji kepada setiap penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pahang.

“Bayaran ini akan dikreditkan pada 2025 yang melibatkan keseluruhan peruntukan berjumlqh RM33.3 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2025 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Wan Rosdy dalam pada itu berkata, kerajaan negeri turut bersetuju untuk menerima pakai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebagaimana diumumkan kerajaan Persekutuan.

“Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan memberikan kenaikan gaji sebanyak 15 peratus yang akan mula dibayar bermula Disember tahun ini sebanyak lapan peratus dan baki tujuh peratus bermula Januari 2026 yang melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM55.014 juta,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN