77 kawasan sering berlaku kesesakan di JB

77 kawasan sering berlaku kesesakan di JB

Mohamad Fazli Mohamad Salleh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Jawatankuasa khas berkaitan isu kesesakan dan penyuraian trafik mengenal pasti 77 kawasan titik panas di kawasan Greater Johor Bahru.

Pengerusi Jawatankuasa Ker­ja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, jawatankuasa turut menyediakan pelan penyelesaian jangka pendek, sederhana serta panjang bagi mengatasi kesesakan trafik itu.

Bagi penyelesaian jangka pendek, pengurusan semula lalu lintas sudah dibuat di beberapa kawasan seperti bantuan polis trafik untuk membuat kawalan, pembukaan dan penutupan jalan serta penggunaan ‘flexible post’ bagi mengelak kenderaan memotong barisan di persimpangan.

“Kerajaan negeri menerusi Pengangkutan Awam Johor (PAJ) juga akan bekerjasama dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi meningkatkan lagi kekerapan bas di kawasan bandar raya Johor Bahru.

“Menerusi program Mybas dan Bas Muafakat Johor, ia akan memudahkan pergerakan pengguna selain mengurangkan jumlah kenderaan di pusat bandar.

“Bermula tahun depan, laluan bas ini akan diintegrasikan dengan mengambil kira taburan pengguna,” katanya menjawab soalan Marina Ibrahim (DAP-Skudai) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini semalam.

Mengenai projek Sistem Transit Rapid (RTS), Mohamad Fazli memberitahu, ia dijangka siap pada penghujung 2026 dan mula beroperasi pada 2027 bagi memudahkan perjalanan pengembara dari Malaysia dan Singapura serta mampu membawa lebih 10,000 pengguna dalam tempoh sejam.

Selain RTS, kerajaan negeri juga merancang memperkasakan pengangkutan awam lain seperti bas bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.

Kerajaan negeri juga berhasrat menyediakan lebih banyak kemudahan Park-and-Ride (P&R) di sekitar stesen RTS dan di beberapa kawasan strategik lain bagi membolehkan penduduk dari kawasan luar bandar meletakkan kenderaan mereka dan menggunakan pengangkutan awam ke pusat bandar.

“Kemudahan P&R di luar pusat bandar adalah satu pendekatan berkesan untuk mengurangkan kesesakan trafik di pusat bandar.

“Dalam konteks projek RTS Link, kemudahan P&R boleh menjadi solusi yang efisien untuk memudahkan penduduk dan pelawat mengakses sistem pengangkutan awam tanpa perlu membawa kenderaan ke pusat bandar.

“Selain pengurusan trafik serta menambah baik jajaran pengangkutan awam seperti bas, terdapat beberapa projek yang melibatkan pelebaran jalan serta naik taraf jalan akan siap menjelang 2026 dan 2027,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya