ALOR SETAR: Seramai 569 mangsa daripada 197 keluarga kini berlindung sementara di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran banjir melanda dua daerah sejak semalam.
Setakat pagi ini, 535 mangsa daripada 184 keluarga terjejas membabitkan penduduk di 16 buah kampung di daerah Kubang Pasu dan mereka ditempatkan di enam PPS.
Antara lokasi terjejas adalah Kampung Nangmah; Kampung Paya Nongmi; Kampung Belakang T-Hotel; Kampung Kubang Lintah; Kampung Bendang Tok Leh; Kampung Masjid; Taman Cengal dan Taman Sri Utama.
Manakala 34 mangsa daripada 13 keluarga pula merupakan penduduk Kampung Kota Aur di daerah Sik yang kini berada di PPS Dewan Keda Kota Aur. – UTUSAN