500 tahun usia Kesultanan Perak bakal dirai 2028

500 tahun usia Kesultanan Perak bakal dirai 2028

Mohd. Zahidi Zainuddin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak akan memulakan sesi percambahan idea sebagai persiapan meraikan 500 tahun usia kesultanan negeri ini pada tahun 2028.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin berkata, perbincangan akan diadakan bersama pelbagai pihak termasuk Arkib Negara Malaysia untuk melihat program atau bahan yang boleh diangkat sebagai menyambut usia tersebut.

“Pada tahun 2028, kita akan menyambut 500 tahun kesultanan Negeri Perak. Tuanku ada bertitah mengenai apa yang akan kita rancang dan buat.

“Saya telah menghubungi Arkib Negara untuk satu hari membuat percambahan minda tentang apa yang patut diadakan atau boleh sediakan sempena 500 tahun era kesultanan ini. Kita sedang fikir tentang ini. Tahun 2028 adalah satu tahun yang signifikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak Darul Ridzuan bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini semalam.

Kesultanan Perak bermula pada tahun 1528 apabila Sultan Mudzaffar Shah I diangkat sebagai Sultan Perak yang pertama, menurut laman web Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Negeri Perak.

Baginda juga merupakan anak kepada Sultan Mahmud Shah, iaitu pemerintah terakhir Kesultanan Melayu Melaka.

Sultan Perak ketika ini, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah merupakan Sultan Perak yang ke-35.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya