4,233 pesawah MADA terjejas banjir terima RM1,000

4,233 pesawah MADA terjejas banjir terima RM1,000

SAIFUDDIN Nasution Ismail bersama Dr. Ismail Salleh ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Ihsan Perdana Menteri Kepada Pesawah Yang Terlibat Bencana Banjir Fasa 1 di MADA di Alor Setar. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 4,233 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) negeri ini menerima sumbangan ihsan Perdana Menteri berjumlah RM4.23 juta selepas terjejas akibat banjir September lalu.

Pengerusi MADA, Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, setiap pesawah menerima RM1,000 yang dapat membantu mereka mengusahakan tanaman padi bagi musim seterusnya selain menampung kerugian yang dialami akibat banjir.

“Keseluruhan peladang MADA yang terlibat telah diangkat dan diluluskan oleh jawatankuasa adalah seramai 4,233 orang dan daripada situ pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah bersetuju untuk memberi sumbangan RM1,000 setiap orang.

“Jadi daripada 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), 21 PPK terlibat yang membabitkan keseluruhan kerugian lebih RM29.43 juta,” katanya.

Terdahulu beliau hadir pada Majlis Penyerahan Sumbangan Ihsan Perdana Menteri kepada pesawah yang terlibat bencana banjir fasa 1 negeri Kedah yang disampaikan Menteri Dalam Negeri,

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kawasan penanaman padi di bawah kendalian MADA terutama di Kedah paling teruk terjejas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya