415 notis larangan merokok dikeluarkan

415 notis larangan merokok dikeluarkan

LING TIAN SOON (kanan) menyerahkan tanda larangan merokok kepada pemilik sebuah kedai di Larkin, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan negeri Johor mengeluarkan sebanyak 415 notis kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] hasil pemeriksaan di 4,275 premis sejak akta itu dikuatkuasakan hingga kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, sebanyak 403 daripada notis itu melibatkan kesalahan merokok di kawasan larangan.

“Sembilan notis kesalahan dikeluarkan kepada pesalah bawah umur yang didapati merokok, pemilik premis menggalakkan orang merokok sebanyak dua kes dan satu kes menjual rokok kepada pembeli bawah umur”, katanya selepas menyertai Operasi Mega Bersepadu di Larkin, semalam .

Operasi Mega Bersepadu giat dilaksanakan di seluruh negeri yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Operasi itu bertujuan memastikan pematuhan terhadap larangan promosi, pengiklanan dan tajaan produk merokok serta kawalan penjualan dan penggunaan produk merokok, khususnya rokok elektronik dalam kalangan belia dan di kawasan-kawasan yang ditetapkan sebagai larangan merokok.

Tian Soon berkata, sepanjang operasi dijalankan, pihak penguat kuasa turut menyita 26 produk rokok berjumlah RM926.

Katanya, pengusaha dan pemilik premis yang menjual rokok diberi tempoh enam bulan untuk memenuhi syarat yang ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi menyediakan kabinet atau bekas bertutup dan tidak mempromosikan rokok secara terbuka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya