4,000 pelancong turun dari kapal persiaran setiap Isnin

4,000 pelancong turun dari kapal persiaran setiap Isnin

AB. RAUF Yusoh menyambut para pelancong dari kapal persiaran Genting Dream di Kompleks ICQS, Banda Hilir, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kehadiran buat pertama kali melibatkan seramai 3,881 pelancong menaiki kapal persiaran Genting Dream yang berlabuh di Melaka, semalam bakal meningkatkan limpahan ekonomi kepada para pemain industri pelancongan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pada setiap Isnin selama setahun, kapal yang boleh memuatkan kira-kira 4,000 penumpang itu akan menjadikan Melaka sebagai destinasi pelayaran dua malamnya dari Singapura dengan sebanyak 52 persinggahan.

Menurutnya, pelancong diberi masa selama 12 jam dari pukul 8 pagi untuk menikmati pelbagai produk pelancongan yang terdapat di sekitar Banda Hilir di sini.

“Mereka ini umpama satu kehadiran yang cukup besar kerana kalau naik pesawat hanya mampu menampung antara 300 hingga 400 penumpang, namun dengan kapal persiaran ini adalah satu nisbah yang besar umpama 10 pesawat mendarat di Melaka.

“Pastinya semua tempat pelancongan di sekitar Banda Hilir telah diatur rapi dengan kerjasama beberapa pemain industri bagi memastikan kehadiran mereka secara tidak langsung memberikan limpahan ekonomi kepada sektor pelancongan.

“Saya harap pemain industri pelancongan bersedia menyambut pengunjung ini dan meraikan mereka sebaiknya kerana kita ini membawa dunia datang ke Melaka,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Sulung Kapal Persiaran Genting Dream di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Banda Hilir.

Tambah Ab. Rauf, kerajaan negeri menawarkan tiket percuma kepada mereka untuk melawat beberapa destinasi ikonik seperti Melaka River Cruise (MRC) dan Menara Taming Sari.

Jelasnya, sehingga Oktober 2024, Melaka merekodkan kedatangan seramai 47,997 pelancong dari Bengkalis dan Dumai, Indonesia yang menggunakan perkhidmatan feri melalui Kompleks ICQS.

“Selain itu, seramai 54,000 penumpang juga telah direkodkan menggunakan perkhidmatan feri dari Kompleks ICQS ini untuk ke Indonesia,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya