30kg ganja ditinggalkan di sempadan Malaysia-Thailand

30kg ganja ditinggalkan di sempadan Malaysia-Thailand

ISMAIL Hashim (tiga dari kiri) menunjukkan ketulan mampat dipercayai ganja yang diletakkan dalam guni dan ditinggalkan di pagar sempadan negara sekitar Bukit Batu Putih, Kangar, Perlis. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri merampas 30 ketulan mampat dipercayai ganja bernilai RM93,000 dalam operasi di kawasan Pintu Tiga, Bukit Batu Putih (Sempadan Malaysia-Thailand), di sini, pada Selasa minggu lalu.

Pengarah JKDM negeri, Ismail Hashim berkata, dalam serbuan pukul 8.30 malam itu, pihaknya menemukan dua bungkusan guni berwarna putih ditinggalkan berhampiran pagar sempadan.

Beliau berkata, pihaknya memantau selama 10 minit di lokasi berkenaan namun tiada pihak datang mengambil guni berkenaan.

“Kita hanya tunggu selama 10 minit bagi mengesan mana-mana suspek kerana serbuan tersebut dilakukan pada waktu malam di kawasan yang sensitif dan berbahaya.

“Selepas itu pasukan penguat kuasa meninggalkan lokasi bagi mengelakkan insiden bahaya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM negeri, di sini, semalam.

Ismail berkata, berdasarkan siasatan awal, guni berisi ganja seberat 30.145 kilogram itu dipercayai dicampak dari kawasan Thailand melepas pagar sempadan negara.

Katanya, bungkusan itu dipercayai akan diambil oleh individu yang akan menunggu di kawasan sempadan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Ismail berkata, sepasukan anggota JKDM cawangan penguatkuasaan Kuala Perlis turut menemukan sejumlah rokok pelbagai jenis yang tidak membayar cukai kastan ketika pemeriksaan pada kenderaan jenis Daihatsu Gran Max, di sebuah pusat beli belah sekitar Alor Setar, Kedah, pada 7 November lalu.

Katanya, menerusi pemeriksaan pada pukul 10.30 pagi itu, pihaknya merampas 299 karton rokok dianggarkan bernilai RM32,180 dengan melibatkan cukai sebanyak RM70,406.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya