BEIJING: Sekurang-kurangnya 24 orang cedera selepas kebakaran berlaku di sebuah hospital di bandar Chengdu, barat daya China semalam.
Menurut Xinhua News, kebanyakan mereka yang dimasukkan ke hospital dilaporkan akibat terhidu asap, dengan lapan daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
Sementara, 17 lagi dilaporkan cedera ringan apabila asap merebak ke tingkat dua hotel berhampiran dan menyebabkan kecederaan, menurut biro pengurusan kecemasan tempatan.
Jabatan bomba daerah berkata, anggotanya berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran dengan cepat.
Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran itu.
Januari lalu, sekurang-kurangnya 39 maut dan sembilan yang lain cedera dalam kebakaran di wilayah tenggara Jiangxi.– AGENSI