2,377 mangsa banjir masih berada di 21 PPS di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

2,377 mangsa banjir masih berada di 21 PPS di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 2,377 orang mangsa terjejas banjir kini berada di 21 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di empat buah daerah di Negeri Sembilan, setakat pukul 8 pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd. Nazri Mes Kam berkata, kesemua mereka terdiri daripada 660 buah keluarga dengan jumlah paling ramai berada di 12 buah PPS yang dibuka di daerah Tampin.

“Seramai 1,587 mangsa kini masih ditempatkan di 12 PPS di Tampin di mana PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelamah mencatatkan jumlah paling ramai iaitu 839 mangsa daripada 207 buah keluarga.

“Dalam pada itu, sebuah PPS yang sebelum ini menempatkan seramai 93 orang mangsa banjir iaitu di Masjid Felda Jelai 4, telahpun ditutup operasinya pada pukul 2.38 petang semalam,” katanya hari ini.

Menurut beliau, setakat ini empat buah PPS masih lagi dibuka masing-masing di daerah Jempol dan Kuala Pilah manakala sebuah lagi di Port Dickson.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menerusi kenyataan menasihatkan supaya semua mangsa tidak kembali ke rumah masing-masing selagi tidak mendapat sebarang makluman dari pihak berkuasa. 

“Keselamatan semua mangsa adalah diutamakan. Kerajaan negeri telah mewujudkan Negeri Sembilan Command Centre (NeSCOM) bagi sebarang laporan berhubung dengan situasi banjir di negeri ini.

“Kerja-kerja pembersihan rumah-rumah mangsa akan digerakkan sejurus situasi banjir berakhir,” jelas beliau.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya