20,000 gadai nyawa guna jalan utama rosak, lori pandu laju

20,000 gadai nyawa guna jalan utama rosak, lori pandu laju

MOHD. Fahmizan Mustakim (kanan) dan penduduk menunjukkan keadaan jalan yang rosak di sekitar Kampung Bukit Kapar, Klang, Selangor, semalam. – UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lebih 20,000 penduduk di Kampung Bukit Kapar di sini, menempuh bahaya menggunakan dua jalan utama yang rosak teruk dan dilalui ratusan lori setiap hari sejak enam bulan lalu.

Keadaan di Jalan Iskandar dan Jalan Pasar Malam itu bukan sahaja berlubang, berlopak dan licin malah lori yang mengangkut tanah didakwa memandu laju sekali gus membahayakan keselamatan mereka.

Wakil penduduk, Mohd. Fahmizan Mustakim, 44, berkata, dua jalan itu menjadi laluan penting bagi pengguna yang mahu menuju ke Kapar dan Meru sejak sekian lama.

“Namun, kewujudan lori membawa muatan tanah semakin banyak sejak kebelakangan ini hingga menyebabkan struktur jalan rosak teruk.

“Lebih meresahkan apabila kebanyakan lori itu dipandu laju sekali gus mengundang risiko kemalangan terutama pelajar tiga sekolah di kampung ini,” katanya, semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati keadaan dua jalan utama sepanjang lapan kilometer (km) itu berlubang dan ditakungi air.

Bagi Pengerusi Tabika Bustanun Nur, Azlan Ayob, ibu bapa yang menghantar anak ke pusat pendidikan itu turut bimbang dengan keselamatan mereka.

Seorang guru, Siti Aniza Khairuddin, 38, berkata, terdapat murid mengalami batuk dan selesema akibat habuk daripada kenderaan berat.

“Keadaan itu mengundang kerisauan ibu bapa mengenai tahap kesihatan anak-anak mereka,” luahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya