15,000 dijangka meriahkan Pesta Regatta Lepa di Semporna

15,000 dijangka meriahkan Pesta Regatta Lepa di Semporna

JONISTON Bangkuai (tiga kanan) semasa sidang akhbar Pesta Regatta Lepa di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kira-kira 15,000 pengunjung dijangka memeriahkan Pesta Regatta Lepa di Dataran Regatta Lepa, Semporna pada 23-24 November ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata, penganjuran Pesta Regatta yang hampir memasuki tahun ke-30 itu akan turut memperlihatkan pembaharuan bagi memastikan penganjurannya kekal relevan.

Beliau berkata, pada tahun ini, pihak penganjur akan memberi penganugerahan kepada ‘Tokoh Regatta Lepa’ bagi menghargai individu yang memberi sumbangan besar kepada negeri Sabah.

Selain Itu, menurut beliau, penganjur turut menjemput kumpulan kebudayaan dari daerah lain seperti Tuaran, Kudat dan Kota Belud bagi mempelbagaikan persembahan budaya sempena pesta yang sinonim dengan masyarakat Bajau Laut Semporna itu.

“Semporna bukan hanya tentang kecantikan alam semula jadinya. Ini juga adalah rumah bagi masyarakat Bajau Laut yang terkenal dengan kemahiran membuat perahu tradisional, yang dikenal sebagai ‘Lepa’.

“Jika dilihat Lepa bukan hanya sekadar perahu tetapi sebuah karya seni yang mewakili warisan dan identiti budaya Semporna,” katanya semasa sidang akhbar Pesta Regatta Lepa, hari ini.

Pesta yang bertemakan ‘Regatta Lepa: Lambang Perpaduan Masyarakat Madani’ itu menyaksikan hampir 300 penyertaan dan mungkin jumlah itu akan bertambah sebelum pesta berkenaan bermula.

Joniston berkata, tarikan utama acara itu termasuklah pertandingan dan perarakan masuk Lepa Cantik dan Lepa Tradisi ke Dataran Regatta Lepa, di samping acara sukan laut seperti pertandingan kayak dan pertandingan tarik tali atas perahu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya