MUMBAI: Sekurang-kurangnya 15 maut dan 20 yang lain cedera selepas sebuah bas terjatuh ke dalam gaung di negeri Uttarakhand, utara India, hari ini. Pegawai polis tempatan, Davendra Pinca berkata, bas yang membawa kira-kira 42 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Garhwal di utara menuju ke Ramnagar. Beliau berkata, jumlah korban dijangka meningkat kerana keadaan beberapa mangsa yang terselamat dilaporkan kritikal, lapor Reuters. Visual daripada agensi berita ANI menunjukkan sebuah bas terbalik di tepi sungai di bawah bukit. Ketua Menteri negeri, Pushkar Singh Dhami berkata, pasukan penyelamat sedang berusaha untuk mengeluarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya