14 pelajar sekolah ditangkap sertai kongsi gelap - Utusan Malaysia

14 pelajar sekolah ditangkap sertai kongsi gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 14 remaja ditahan ketika menghadiri upacara ‘pelantikan ahli baharu’ kumpulan kongsi gelap di Salak Selatan, Sungai Besi, hari ini.

Mereka ditahan bersama 47 individu lain selepas sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama-sama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menyerbu sebuah rumah kedai pukul 11 pagi.

Ketika serbuan, kumpulan individu berkenaan dipercayai membuat persiapan untuk menerima ahli baharu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap dikenali sebagai Geng 360.

Pemeriksaan mendapati kumpulan remaja tersebut hadir bagi direkrut oleh ahli senior kumpulan berkenaan.

Utusan Malaysia yang mengikuti serbuan itu difahamkan beberapa ahli kumpulan sedia ada juga mempunyai rekod jenayah lampau.

Kumpulan terbabit dipercayai menggunakan nama persatuan yang berdaftar bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk berselindung daripada aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa.

Serbuan itu menyaksikan sejumlah barangan dipercayai digunakan dalam upacara angkat sumpah tersebut turut dirampas.

Susulan itu, kesemua mereka yang ditahan dibawa IPD Cheras untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa ketika dihubungi mengesahkan mengenai serbuan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya