100,000 etnik Rohingya masuk Malaysia

100,000 etnik Rohingya masuk Malaysia

SEJUMLAH pelarian etnik Rohingya yang diselamatkan tiba di Labuhan Haji di selatan wilayah Aceh, Indonesia pada 24 Oktober lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dijangka bermula awal Disember ini, lebih 100,000 etnik Rohingya akan memasuki negara ini secara haram dan berterusan selagi konflik di negeri Rakhine masih belum reda.

Ketika ini, tentera Myanmar masih meneruskan operasi ketenteraan dengan menyasarkan baki etnik Rohingya di negeri itu, selain berdepan pemberontakan pasukan tentera Arakan (AA).

Presiden Organisasi Rohingya Burma UK (BROUK), Tun Khin berkata, Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun depan perlu secara terbuka dan tegas menggesa tentera Arakan dan Myanmar supaya menghentikan kekejaman terhadap etnik Rohingya.

Kata beliau, jika sebelum ini tentera Arakan sering membela nasib penduduk Rohingya, kini pasukan tentera itu mula berpaling tadah dan menentang etnik tersebut.

“Tentera Arakan bukan lagi seperti dahulu, mereka dakwa mereka mahu wujudkan revolusi, tetapi sebenarnya mereka hanya bertindak kejam terhadap Rohingya sehingga memaksa etnik minoriti itu keluar meninggalkan Rakhine.

“Disebabkan sentiasa ada permintaan untuk etnik Rohingya meninggalkan Myanmar, maka pengusaha bot atau sindiket penyeludup mengambil peluang membawa pelarian itu masuk ke negara jiran, termasuk Malaysia.

“Jika tiada duit, terpaksa tinggal di Rakhine dan jadi tentera Arakan. Jika ada duit, etnik Rohingya ini lebih rela melarikan diri ke negara lain,” katanya dalam sidang akhbar, di sini semalam.

Sehubungan itu, Tun Khin menggesa seluruh negara ASEAN supaya tidak berdiam diri dan membiarkan etnik Rohingya terus memasuki rantau ini secara haram.

Ketika ini, Indonesia menjadi ‘destinasi pilihan’ etnik Rohingya untuk berlabuh ekoran mereka memberi alasan ‘lebih mudah’ untuk menyusup ke negara itu berbanding negara ASEAN yang lain.

Dari Indonesia, kebanyakan etnik ini akan meloloskan diri ke negara jiran termasuk Malaysia dan Thailand menggunakan jalan tikus.

Mengulas lanjut, Tun Khin berkata Malaysia perlu lantang bersuara secara terbuka kerana kekejaman tentera Arakan turut menjejaskan Malaysia dan negara jiran.

“Jika terus berdiam diri, Malaysia akan terus dibanjiri pelarian Rohingya dan perkara itu akan mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat di negara ini, selain menjejaskan hubungan diplomasi Malaysia-Myanmar,” ujarnya.

Sementara itu, Pengasas bersama Gabungan Rohingya Bebas (FRE), Nay San Lwin turut sependapat dengan menyatakan tentera Arakan yang merupakan kumpulan bersenjata etnik Rakhine Buddha kini semakin agresif menindas Rohingya.

Menurut Nay San, tindakan kekejaman yang dilakukan oleh tentera Arakan sejak awal tahun ini termasuk pembunuhan beramai-ramai melibatkan wanita, kanak-kanak, dan warga tua.

“Dalam satu kejadian di tebing Sungai Naf, lebih 300 orang yang cuba melarikan diri ke Bangladesh terbunuh akibat bom yang digugurkan oleh dron tentera Arakan.

“Bukan sahaja Myanmar yang perlu bertanggungjawab terhadap nasib menimpa Rohingya, tentera Arakan juga terlibat sama dalam jenayah kemanusiaan di Rakhine.

“Saya yakin, Malaysia menerusi kerjasama aktivis tempatan boleh membantu komuniti Rohingya dan menekan pihak-pihak berkaitan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya