1.86 juta rakyat Malaysia berkemahiran dijangka berhijrah - Utusan Malaysia

1.86 juta rakyat Malaysia berkemahiran dijangka berhijrah

STEVEN Sim Chee Keong. - IHSAN/JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 1.86 juta rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang termasuk perubatan dan teknikal dijangka berhijrah ke beberapa negara utama di dalam dunia untuk mencari peluang lebih baik.

Data tersebut diperoleh menerusi laporan World Migration Report 2022 oleh International Organization for Migration (IOM) menyatakan kadar purata migrasi global ialah 3.6 peratus dan Malaysia pula mencatatkan kadar migrasi 5.6 peratus.

Seramai 281,429 rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang termasuk perubatan dan teknikal didapati berhijrah ke luar negara bagi memperoleh peluang yang lebih baik.

Malah, berdasarkan berdasarkan data daripada TalentCorp dan Bank Dunia melalui kajian bertajuk Leveraging on Malaysian Diaspora: Malaysian Diaspora Heat Maps yang disiapkan pada April 2022, populasi diaspora Malaysia di empat negara utama dianggarkan seramai 281,429 orang.

Empat negara tersebut adalah Australia (138,363 orang), Amerika Syarikat (79,827 orang), United Kingdom (37,549 orang) dan Kanada (25,690 orang).

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, kementeriannya melalui TalentCorp sudah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menarik bakat tempatan yang berada di luar negara untuk kembali ke Malaysia, terutamanya melalui platform MyHeart.

Kata beliau, salah satu program utama yang diadakan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) adalah Returning Expert Programme (REP), sejak tahun 2011 hingga Jun lalu, program tersebut menerima 11,124 permohonan dan berjaya membawa pulang 2,011 bakat ke tanah air.

Jelasnya, REP menawarkan pelbagai insentif seperti pengecualian cukai pendapatan pada kadar 15 peratus, pengecualian cukai ke atas barangan peribadi, pengecualian duti eksais kenderaan sehingga RM100,000, serta kemudahan untuk memperoleh status pemastautin tetap (PR) bagi pasangan dan anak-anak.

“Selain itu, platform MyHeart juga menyediakan peluang pekerjaan dengan menghubungkan diaspora Malaysia dengan syarikat-syarikat terkemuka seperti PETRONAS, Shell, dan PwC.

“Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan diaspora mencari peluang pekerjaan yang sesuai di Malaysia sebelum mereka pulang.

“Tambahan lagi, melalui acara MyHeart Career and Facilitation Fest (MyHeart CaFe), jaringan langsung diwujudkan antara diaspora dan majikan di Malaysia. Sejak tahun 2022, program ini telah menarik 1,499 diaspora dan menawarkan 1,981 peluang pekerjaan,” katanya menerusi jawapan bertulis bagi Jawab Lisan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Chow Yu Hui (PH-Raub) yang memintanya menyatakan statistik migrasi rakyat Malaysia dan perancangan Kesuma untuk menarik semula bakat-bakat tempatan agar kembali menyumbang kepada pembangunan negara.

Mengulas lanjut, Steven Sim berkata, inisiatif MyHeart Innovate turut menyokong diaspora yang berminat memulakan perniagaan di Malaysia dengan menyediakan bimbingan serta akses kepada dana.

“Kohort pertama yang terdiri daripada 10 usahawan luar negara telah menyertai program ini pada Ogos 2024.

“MyHeart juga menggalakkan kolaborasi pengetahuan antara diaspora dan institusi tempatan melalui program Kolaborasi MyHeart, khususnya dalam bidang penyelidikan serta pendidikan,” jelasnya.

Beliau berkata, untuk memperkukuh sokongan kepada pemohon REP, sesi jaringan REP diwujudkan bagi memudahkan mereka berhubung dengan syarikat seperti Shell, Maybank, dan Maxis bagi membuka peluang untuk kerjasama projek atau penempatan pekerjaan.

“Selain itu, kementerian juga memberi perhatian kepada kemudahan pendidikan bagi anak-anak diaspora yang ingin kembali ke Malaysia dengan menyediakan maklumat tentang institusi pendidikan tempatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya