KOTA BHARU: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 1.65 tan beras seludup selepas menyerbu sebuah stor penyimpanan barangan itu Blok B Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini kelmarin.
Dalam serbuan pukul 5 pagi itu, PGA turut menahan seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan.
Komanden Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada penemuan beras seberat 1.65 tan
dipercayai diseludup dari Thailand.
“Hasil rampasan beras dianggarkan berjumlah RM6,600. Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994,” katanya ketika di hubungi di sini hari ini.
Nik Ros Azhan memberitahu,
PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.-UTUSAN