YBR bantu bekas pengamal media - Utusan Malaysia

YBR bantu bekas pengamal media

Presiden Persatuan Wartawan Sabah, Datuk Muguntan Vanar (kiri), Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang (tiga dari kanan), Pengurus Besar YBR, Encik Syaiful Rizal Abdul Ghani (dua dari kanan), Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Encik Mohamad Ghazali Zainal Abidin bersama bekas pengamal media yang menerima bantuan YBR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) membantu tiga bekas pengamal media di Sabah yang berdepan dengan masalah kesihatan.

Mereka adalah Joswan Gulabok, 69, Mohd Amin, 64, serta Barnard Martin yang merupakan bekas kakitangan media Sabah yang pernah berkhidmat di pelbagai agensi media sebelum bersara.

Bantuan itu berikutan ketiga-tiga mereka yang tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap memerlukan dana tambahan bagi menampung kos pembelian ubat-ubatan selepas menghidapi penyakit kanser prostat, masalah buah pinggang, angin ahmar serta gout kronik.

Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, inisiatif itu merupakan acara tahunan agar sinergi yang telah terjalin bersama pihak media dapat diteruskan dan kekal mampan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana hasil daripada kerjasama yang jitu daripada pihak media dalam menyiarkan segala usaha yang dijalankan oleh YBR.

“Kami akan sentiasa komited serta mempelbagaikan strategi dalam membantu meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat Malaysia melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya