KAHERAH: Mesir secara rasmi diisytiharkan bebas malaria oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), satu pencapaian yang dianggap bersejarah oleh agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam satu kenyataan semalam, WHO memuji kerajaan dan rakyat Mesir terhadap usaha mereka untuk menamatkan penyakit yang wujud di negara itu sejak zaman purba. “Malaria adalah setua tamadun Mesir itu sendiri, tetapi penyakit yang melanda firaun kini menjadi sebahagian daripada sejarahnya,” kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. WHO berkata, Mesir adalah negara ketiga yang disahkan bebas malaria di Wilayah Mediterranean Timur, selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya