Warta GISBH sesat: Negeri Sembilan tunggu perkenan Yang di-Pertuan Besar - Utusan Malaysia

Warta GISBH sesat: Negeri Sembilan tunggu perkenan Yang di-Pertuan Besar

AMINUDDIN Harun Ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Daurah Madani Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi Peringkat Negeri Sembilan di Politeknik Port Dickson hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang mendapati ajaran dan kepercayaan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) Sdn. Bhd. sama seperti ajaran dan kepercayaan Al-Arqam akan dibawa ke proses seterusnya iaitu untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Yang Empat.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jika itu keputusan yang diperoleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan maka ia perlu diperbincangkan untuk ia diwartakan di negeri ini selepas tiga buah negeri lain telah mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH sebagai sesat.

“Keputusan Jawatankuasa Fatwa itu perlu dibawa ke pengetahuan dan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Yang Empat, kita menunggu proses tersebut.

‘Kita sedia maklum, sudah tiga negeri yang menyatakan GISBH itu seperti Al-Arqam, diharamkanlah maksudnya, kita pun kena dapatkan pandangan dari Jabatan Mufti dan Jawatankuasa Fatwa dan selepas itu mendapatkan perkenan daripada Yang di-
Pertuan Besar dan Undang Yang Empat.

“Proses kita agak panjang sedikit, hari Khamis ini kita akan bincangkan dalam Mesyuarat Dewan Keadilan, insya-Allah mungkin ada keputusan pada hari Khamis” katanya.

Aminuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Agama Islam dan Keselamatan negeri berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Daurah Madani Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi Peringkat Negeri Sembilan di Politeknik Port Dickson di sini hari ini.

Terdahulu, Mufti Negeri Sembilan, Prof. Datuk Dr. Mohd. Faudzinaim Badarudin dilaporkan berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang bermesyuarat pada 28 September lalu telah mendapati ajaran dan kepercayaan GISBH adalah sama seperti ajaran dan kepercayaan al-Arqam yang telah diwartakan sesat di negeri ini pada tahun 2016.

Bagaimanapun menurutnya, buat masa ini jawatankuasa berkenaan belum memutuskan sama ada perlu dikeluarkan keputusan baharu atau sebaliknya kerana keputusan fatwa pada 2016 masih relevan dikuatkuasakan bagi menangani ajaran GISBH.

Sementara itu, berkata kepada Utusan Malaysia, Mohd. Faudzinaim berkata, ajaran dan kepercayaan GISBH hanya mengulang kembali ajaran Al-Arqam dahulu iaitu mengenai Abuya Asyaari, Imam Mahdi, menggunakan Aurad Muhammadiah dan beberapa perkara lain yang telah difatwakan dahulu.

“Atas kesamaan itu, penguatkuasaan dibuat. Perbezaan antara dulu dan GISBH adalah penekanan terhadap ketaksuban yang melampau daripada segi mentaati dan pelaksanaan setiap arahan pemimpin tertinggi, GISBH lebih kuat, ketaksuban yang dibina tidak berasaskan ilmu,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya