Waris Joriah diminta hubungi pusat jagaan - Utusan Malaysia

Waris Joriah diminta hubungi pusat jagaan

JORIAH ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan sedang mengesan waris kepada seorang nenek yang ditemukan di sekitar Kempas, di sini Jumaat lalu.

Pegawai operasinya, Mohamad Saifullah Zolkanain berkata, Joriah Abdul Hamid, 85, diselamatkan oleh orang awam kira-kira pukul 12 tengah hari ketika berjalan kaki seorang diri yang melaporkan perkara itu ke Balai Polis Kempas sebelum warga emas itu dirujuk ke pusat jagaan tersebut.

Wanita berkenaan menyatakan sebelum ini pernah tinggal bersama-sama anak keduanya di Taman Bukit Kempas.

“Kami difahamkan pihak polis membawa warga emas itu ke rumahnya mengikut alamat pada kad pengenalan, namun mendapati rumah itu berkunci dan beberapa beg pakaian wanita itu diletakkan di luar rumah. Anggota polis mengambil semua beg milik wanita itu dan dibawa ke balai untuk tindakan selanjutnya,” katanya, di sini.

Warga emas itu memaklumkan bahawa suaminya merupakan pesara kerajaan telah meninggal dunia dan kini dijaga oleh anaknya di rumah peninggalan arwah suaminya.

“Fikiran nenek ini masih waras dan masih sihat tubuh badan, mampu mengurus diri sendiri. Namun, dia tidak menunjukkan minat untuk pulang ke pangkuan keluarga dan menyatakan mahu tinggal di rumah kebajikan,” katanya sambil meminta waris warga emas itu tampil ke pusat jagaan berkenaan bagi membincangkan tentang penjagaannya.

Orang ramai yang memiliki maklumat tentang waris warga emas ini boleh menghubungi Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan menerusi talian 07-2326415. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya