Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu 'Vincent' - Utusan Malaysia

Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu ‘Vincent’

BALVEER SINGH MAHINDAR SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang warga emas mengalami kerugian lebih RM400,000 akibat terpedaya dengan iklan pelaburan dalam laman sosial Facebook yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, mangsa yang berusia 60 tahun tertarik dengan pelaburan itu selepas melihatnya dalam Facebook kira-kira pukul 3 petang, 20 Mei lalu dan memberikan nombor telefonnya.

Mangsa kemudian dihubungi individu dikenali sebagai ‘Vincent’ menggunakan talian 014-7904658 yang menjanjikan pulanga sebanyak 10 peratus dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh modal dilaburkan.

“Mangsa yang tertarik dengan keuntungan yang dijanjikan telah memberikan butiran akaun CIMB miliknya bagi urusan transaksi wang keluar masuk serta deposit dan membuka satu akaun atas nama Artisan Partners bagi memulakan pembelajaran dalam pelaburan saham Itu. 

“Mangsa telah melakukan 30 transaksi ke dalam tujuh akaun berbeza yang diberikan bermula 25 Julai lalu hingga 2 Oktober lalu dengan jumlah keseluruhan modal sebanyak RM461,900,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Balveer Singh berkata, sepanjang tempoh pelaburan dilakukan, mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM55,246 dan usaha mangsa menuntut hasil keuntungan gagal apabila taliannya disekat oleh Vincent, menyebabkan mangsa mengesyaki dirinya ditipu sehingga mengalami kerugian sebanyak RM406,654.

“Siasatan juga akan meliputi pembabitan ‘keldai akaun’ jika ada dan tindakan akan 

diambil terhadap pemilik akaun yang terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya sambil menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang tawaran pelaburan atau pekerjaan dalam talian yang menjanjikan pulangan serta komisen tinggi.

Beliau juga mengingatkan orang ramai menggunakan perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) seperti Semak Mule, CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599, CCID Infoline, Facebook JSJK PDRM dan Facebook BSJK PDRM serta Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi mendapatkan sebarang maklumat berkaitan jenayah komersial sebelum membuat sebarang transaksi bayaran kepada pihak lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya