Warga emas hilang, keluarga mohon bantuan orang ramai

Warga emas hilang, keluarga mohon bantuan orang ramai

SURIATUDDIN MALIKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebuah keluarga di Bukit Katil di sini merayu bantuan orang ramai untuk menjejaki seorang warga emas, Suriatuddin Maliki, 68, yang dipercayai hilang selepas kali terakhir dilihat menempah perkhidmatan e-hailing untuk ke Melaka Sentral, semalam.

Anaknya yang ingin dikenali sebagai Farah berkata, bapanya yang merupakan seorang pesara kerajaan dilihat keluar dari rumah kira-kira pukul 5.50 pagi, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik jiran.

“Biasa ayah akan keluar lepas subuh untuk pergi joging tetapi semalam menerusi rakaman CCTV rumah jiran, dia dilihat keluar lebih awal dan melalui sebuah kedai serbaneka di Ayer Molek pada pukul 8 pagi sehingga 8.20 pagi.

“Ayah memakai kemeja-T berwarna biru, seluar hitam dan membawa beg silang hitam,” katanya.

Tambah Farah, orang ramai di kawasan terlibat memaklumkan bapanya ada meminta bantuan peniaga sekitar untuk menempah perkhidmatan e-hailing ke Melaka Sentral.

“Mereka beritahu ayah ingin ambil bas ke Kluang, Johor. Saya pelik kerana sudah 10 tahun kami tidak pulang ke kampung, setelah datuk meninggal dunia.

“Sepatutnya, pagi semalam ayah ada temu janji doktor untuk ambil ubat sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan menerima laporan kehilangan Suriatuddin.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi keluarga berkenaan di talian 017-8870104 atau 017-3795024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya