Wanita rugi lebih RM485,000 ditipu 'Mr. Jimmy' - Utusan Malaysia

Wanita rugi lebih RM485,000 ditipu ‘Mr. Jimmy’

ROSLAN MOHD. TALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Seorang wanita kerugian RM485,100 akibat diperdaya kononnya tidak membayar cukai pendapatan dan akan ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd. Talib berkata, mangsa mendakwa menjadi mangsa penipuan selepas menerima pesanan ringkas daripada seorang individu supaya memuat naik aplikasi We Sing.

“Seterusnya mangsa memuat naik video nyanyian untuk mendapat ganjaran. Mangsa kemudiannya dihubungi suspek bernama Mr. Jimmy dan mendakwa pemilik aplikasi We Sing telah ditangkap oleh pihak SPRM.

“Suspek juga telah menakutkan mangsa dengan mendakwa wanita tersebut tidak membayar cukai pendapatan berjumlah RM200,000 dan boleh ditangkap pihak SPRM pada bila-bila masa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Roslan berkata, mangsa yang takut dengan ugutan tersebutntelah membuat bayaran ke dalam 19 akaun suspek bermula 10 Julai sehingga 30 September lalu.

“Sebanyak 64 transaksi telah dipindahkan kepada Mr. Jimmy menerusi mesin ATM sebelum mangsa menyedari telah ditipu setelah menceritakan perkara tersebut kepada anaknya,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Roslan menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan tawaran secara dalam talian dan dapatkan maklumat berkaitan modus operandi jenayah komersial terkini menerusi laman sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersial seperti Facebook, Instagram dan TikTok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya