Wanita kekal dipenjara 5 tahun, lacurkan ibu hamil 3 bulan

Wanita kekal dipenjara 5 tahun, lacurkan ibu hamil 3 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang wanita kekal menjalani hukuman penjara lima tahun atas ke­salahan melacurkan seorang wanita tempatan berusia 19 tahun yang ketika itu sedang hamil tiga bulan, pada 2018.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan sebulat suara terhadap Yap See Yah selepas menolak rayuan akhirnya terhadap sa­bitan pada 4 Januari lalu.

Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin bagaimanapun membenarkan rayuan terhadap hukuman dan mengurangkannya daripada penjara 10 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.

“Pengurangan hukuman bukan bermaksud mahkamah memandang ringan kesalahan pe­rayu. Kesalahan yang dilakukan adalah serius kerana mangsa ditipu, dimanipulasi sepenuhnya, diawasi secara ketat serta dipaksa melacurkan diri.

“Pengurangan tempoh pe­menjaraan dibuat setelah kami mempertimbang secara teliti dari pelbagai sudut termasuk peranan sandaran yang dimainkan perayu dalam membantu pelaku utama iaitu suaminya sendiri (tertuduh kedua),’’ kata Hakim Azmi dalam alasan penghakimannya.

Pada asalnya, perayu dan suaminya didakwa di Mah­kamah Sesyen atas pertuduhan pindaan iaitu bersama-sama memperdagang mangsa dengan mengancamnya dalam kejadian pukul 5 pagi, 18 Mei 2018 di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama dekat sini.

Naratif pendakwaan menyatakan, mangsa yang hamil tiga bulan berlepas dari Pulau Pinang ke ibu negara untuk bekerja sebagai pelayan. Setibanya di ibu negara dia dihantar ke sebuah kondominium dan mula bekerja melayan pelanggan pada malam itu dan seterusnya menawarkan khidmat seks kepada tiga lagi pe­langgan sehingga hari ketiga.

Pada hari ketiga, suami pe­rayu memaksanya mengadakan hubungan seks dengannya selain dipukul dengan kayu besbal kerana enggan melayani pelanggan.

Mangsa kemudian menceritakan keadaannya yang mengandung kepada seorang pe­langgan sebelum dia kemudian menghubungi talian 999 dan diselamatkan polis di kondominium berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya