Wanita buat kecoh di stesen minyak ditahan polis - Utusan Malaysia

Wanita buat kecoh di stesen minyak ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis mengesahkan sudah menahan seorang wanita yang menimbulkan kekecohan di sebuah stesen minyak di Hillpark Saujana Utama, Sungai Buloh pada pukul 3.40 pagi tadi di Balai Polis Saujana Utama.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, tangkapan itu dilakukan selepas satu video tular dalam media sosial dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan setelah proses dokumentasi serta prosedur siasatan selesai.

Terdahulu, Mohd Hafiz dalam kenyataan mengesahkan menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki berusia 24 tahun yang bertugas sebagai penyelia stesen minyak di Hillpark Saujana Utama, kelmarin.

Pengadu menyatakan sekitar pukul 7.50 malam, Khamis lalu datang sebuah kereta dipandu seorang wanita tempatan dan meletakkan keretanya di belakang kenderaan lain sehingga menghalang kenderaan itu keluar.

Pada masa sama, terdapat pelanggan lain memintanya mengalihkan kenderaannya tetapi dimarahi wanita itu dan seterusnya berlaku kekecohan di stesen minyak terbabit.

Wanita itu cuba menyerang pelanggan terbabit dengan menggunakan sebatang buluh tetapi berjaya dihalang oleh orang awam.

Ekoran daripada laporan polis itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Dalam pada itu, penduduk Saujana Utama berhadapan kebimbangan susulan gangguan dicetuskan pemandu wanita yang dipercayai ada masalah mental.

Wanita yang sering dilihat memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam itu dirakam mengganggu penduduk di sebuah stesen minyak di situ.

Rakaman yang tular itu menunjukkan wanita berniqab dan berjubah hitam membuat kacau di sebuah stesen minyak di Saujana Utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya