UTM-Atom Malaysia perkasa usaha arusperdanakan tenaga atom - Utusan Malaysia

UTM-Atom Malaysia perkasa usaha arusperdanakan tenaga atom

IBRAHIM Muhamad (dua dari kiri) dan MOHD. SHAFRY Mohd. Rahim bertukar dokumen MoU di UTM Skudai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjalin kerjasama dengan Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) dalam usaha mengarusperdanakan penggunaan teknologi atom di negara ini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTM, Prof. Dr. Mohd. Shafry Mohd. Rahim berkata, kerjasama yang telah bermula sejak Februari 2017 memberi fokus dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“UTM banyak menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan. Tujuan kerjasama dengan Atom Malaysia ini untuk mengarusperdanakan kepakaran dan pengalaman dimiliki ke dalam komuniti dan agensi untuk manfaat rakyat dan negara.

“Sebagai sebuah universiti awam, UTM komited memastikan perpindahan kepakaran berlaku dalam setiap peringkat. Dalam konteks kerjasama dengan Atom Malaysia, kita mahu perkasakan tenaga atom sebagai tenaga bersih,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTM dan Atom Malaysia di UTM Skudai, di sini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Atom Malaysia, Ibrahim Muhamad dan Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Abdullah Daud.

Sementara itu, Ibrahim  memberitahu, kerjasama pihaknya dengan UTM selari dengan pelaksanaan Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030 yang dilancarkan MOSTI sebelum ini.

“Menerusi kerjasama dengan UTM sebelum ini, banyak kejayaan telah berjaya dicapai, khususnya berkaitan pengendalian teknologi dan tenaga atom yang selamat.

“Kita juga berharap MoU yang terjalin ini memberi manfaat bukan sahaja kepada Atom Malaysia dan UTM, malah kepada seluruh rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya