Uji Rashid ‘tidak ambil pusing’ dicadang Biduanita Negara

Uji Rashid ‘tidak ambil pusing’ dicadang Biduanita Negara

Uji Rashid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon bertaraf legenda, Uji Rashid, enggan ambil pusing apabila ada pihak yang mencadangkan namanya sebagai penerima gelaran Biduanita Negara selepas Allahyarham Saloma dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Jelas Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al Rashid, 71, isu siapa Biduanita Negara yang seterusnya tidak perlu diperdebatkan kerana setiap penerima adalah mereka yang benar-benar layak.

“Isu siapa penerimanya tidaklah perlu kita perbahaskan. Saya yakin, penerima gelaran itu pasti dalam kalangan yang benar-benar layak.

“Siapa pun yang diberi gelaran itu, saya okey. Tak perlulah kita perbesar-besarkan, tidak ada isu pun,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Uji berkata demikian selepas majlis kesyukuran filem Sheriff: Narko Integriti, baru-baru ini.
Isu pemberian gelaran Biduanita Negara menjadi polemik yang rancak diperkatakan.

Selain Uji, beberapa nama lain yang turut dipetik sebagai layak bergelar Biduanita Negara adalah penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid dan Ziana Zain.

Mengulas mengenai perkembangan terbaru, Uji memaklumkan beliau masih aktif menyanyi sebagai punca pendapatan.

“Saya masih menyanyi, orang yang tidak pandang. Saya pun tidak adalah war-warkan perkara itu.

“Ini kerjaya saya, dan saya cari makan daripadanya tanpa ada pendapatan lain atau pemberian royalti,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya