UiTM laksana modul terap nilai integriti dalam mahasiswa

UiTM laksana modul terap nilai integriti dalam mahasiswa

Modul integriti
MAHASISWA dan pengurusan terlibat dalam Modul Integrity Youth Ambassador bersama UiTM dan IIM dianjurkan di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) terpilih menjadi institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) pertama projek rintis Modul Integrity Youth Ambassador yang dibangunkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM).

Modul tersebut mengandungi pendedahan kepada mahsiswa tentang kepentingan integriti dan tatakelola, sebagai persediaan ke arah menjadi duta integriti berteraskan ciri-ciri kepemimpinan serta ejen untuk menyebar luas mesej integriti di pusat pendidikan.

UiTM dalam kenyataannya berkata, pada peringkat awal modul tersebut dilaksanakan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) melalui Pusat Pembangunan Pelajar dan Institut Kepimpinan Pelajar (IKP) dengan kerjasama IIM serta Kebun Komuniti Bukit Bandaraya.

Menurutnya, modul tersebut dilaksanakan di kampus induk universiti itu selama tiga hari melibatkan 30 mahasiswa semester dua hingga empat.

“Program itu mendedahkan mahasiswa tentang elemen dan kepentingan integriti dalam membentuk kepimpinan belia sebagai pewaris kepimpinan masa hadapan. Ia melibatkan aktiviti seperti bicara tokoh, perbincangan dalam kumpulan, kajian kes, story forum – role play, aktiviti fizikal dan penglibatan bersama komuniti dengan menekankan integriti dalam sosial, ekonomi dan alam sekitar.

“Timbalan Naib Canselor HEP, Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi menyatakan program tersebut penting kepada UiTM sebagai universiti terbesar dan melahirkan modal insan yang ramai lalu bermanfaat untuk memperkasa jati diri mereka dalam mentadbir organisasi dan negara,” katanya.

Tambahnya, Modul Integrity Youth Ambassador ini dapat dilaksanakan di seluruh kampus cawangan UiTM yang lain dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Sektor Operasi IIM, Izal Arif Zahrudin memberitahu, modul tersebut merupakan inisiatif IIM dalam usaha memperjuangkan nilai integriti bermula dengan golongan remaja dan belia berusia 16 hingga 25 tahun.

“Projek rintis ini dimulakan dengan UiTM seterusnya bersama MARA pada November nanti, sebelum disebarluaskan kepada sekolah – sekolah di seluruh Malaysia sesuai dengan sasaran IIM meningkatkan nilai integriti di kalangan belia melalui medium pendidikan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya