Tujuh penjaja burger antara 57 warga asing ditahan

Tujuh penjaja burger antara 57 warga asing ditahan

SEBAHAGIAN daripada warga asing yang ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di Johor Bahru dan Senai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tujuh penjaja burger antara 57 warganegara asing yang ditahan dalam operasi berasingan di sekitar bandar raya ini dan Senai.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, tujuh warga asing berusia antara 25 hingga 45 tahun yang ditahan dalam Op Jaja, kelmarin ialah tiga lelaki Bangladesh, seorang lelaki dan seorang wanita Indonesia, seorang wanita Myanmar serta seorang lelaki warga India.

“Tindakan diambil susulan maklumat awam berkaitan warga asing yang dipercayai bekerja tanpa pas atau permit yang sah serta berniaga tanpa lesen yang sah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd Rusdi memberitahu, pihaknya turut menggempur sembilan buah premis di Senai pada pukul 12.25 tengah malam dan menahan 50 warganegara asing kerana menggajikan pekerja asing tanpa pas atau permit yang sah.

“Kesemua warga asing berusia antara 19 hingga 55 tahun yang ditahan itu terdiri daripada 15 lelaki dan 32 wanita warganegara Myanmar, dua lelaki Nepal dan seorang lelaki Indonesia,” katanya.

Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di negara ini dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya