TNB GLC pertama naik gaji minimum RM1,700 - Utusan Malaysia

TNB GLC pertama naik gaji minimum RM1,700

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang pertama di negara ini yang bersetuju untuk menaikkan gaji minimum RM1,700.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan itu menunjukkan syarikat utiliti tersebut bukan sahaja mencatatkan keuntungan dan meraih pengurusan efisien, tetapi mengambil langkah menjaga kebajikan kakitangan.

Menurut beliau, Lembaga Pengarah dan Pengurusan TNB juga bersetuju menaikkan gaji dan pendapatan seluruhbwarga kerja.

“Saya ucap terima kasih pengerusi, lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi TNB kerana bersetuju untuk menjadi GLC pertama menyahut seruan kerajaan, naikkan kadar gaji minimum anggota TNB.

“Kemudian meluluskan kenaikan gaji dan pendapatan kepada seluruh warga kerja TNB,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pusat Konvensyen Leo Moggie di sini hari ini.

Anwar ketika pembentangan Belanjawan 2025, mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

Dalam pada itu, Anwar menekankan kejayaan sesebuah organisasi dan syarikat tidak berjaya tanpa usaha dan komitmen warga kerja di semua peringkat.

Katanya, usaha berkenaan telah dilakukan TNB yang bukan sahaja mencatat keuntungan tetapi juga menjaga kebajikan kakitangan.

Katanya, TNB selepas 75 tahun telah mencatat lipatan sejarah dan kegemilangan kepada negara khususnya dalam industri elektrik di negara ini.

“Yang menarik dalam pencapaian ini, adalah kesediaan pengurusan TNB untuk melakukan anjakan sesuai dengan peredaran zaman.

“Pernah imbau pertemuan dengan Pengerusi dan pengurusan TNB untuk laporkan keuntungan, tahap kecekapan.

“(Namun) saya tekankan ada tugas utama bukan bangga dengan keuntungan tetapi prihatin dengan pekerja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN