TMM tidak dilanjutkan tahun depan

TMM tidak dilanjutkan tahun depan

AB. RAUF Yusoh bersama pemenang bagi kategori Media pada penutupan Melaka Explorace 2024 di MITC, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri tidak bercadang melanjutkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 yang akan berakhir 31 Disember ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusof berkata, baki TMM 2024 bakal diisi dengan pelbagai program pelancongan berikutan Melaka menjadi tuan rumah Hari Pelancongan Dunia (WTD) 2025 dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC).

Beliau berkata, ia bertepatan sebagai pemanas dan penanda aras kejayaan untuk menyambut kedua-dua acara antarabangsa itu, sekali gus disusuli dengan persediaan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026

“TMM 2024 akan ditamatkan pada 31 Disember ini tetapi pelbagai program pelancongan akan diteruskan sempena Melaka menjadi tuan rumah WTC dan WTD tahun depan.

“Platform ini akan kita gunakan untuk mempromosikan Melaka di peringkat dunia kerana kehadiran menteri-menteri pelancongan dari 151 buah negara pada forum yang akan diadakan itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Melaka Explorace 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, semalam.

Tambah Ab. Rauf, kerajaan negeri juga akan memohon agar pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 diadakan di Melaka.

“Kerajaan Persekutuan perlu memberi pertimbangan permohonan tersebut kerana Melaka telah dipilih menjadi tuan rumah WTC dan WTD,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya