Tingkat kerjasama elak pencerobohan, penyeludupan di perairan sempadan Malaysia-Thailand

Tingkat kerjasama elak pencerobohan, penyeludupan di perairan sempadan Malaysia-Thailand

NORZAID  Muhammad Said (kanan) bersalaman dengan Pegawai KPDN selepas merasmikan Mesyuarat PPM Wilayah Tiga di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pasukan Polis Marin (PPM) terus mempertingkatkan kerjasama dengan Polis Marin Thailand dalam usaha membendung aktiviti pencerobohan dan penyeludupan di sempadan perairan kedua-dua negara di negeri ini.

Komandernya Senior Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, kerjasama menerusi pertukaran maklumat itu penting bagi memastikan aktiviti jenayah rentas sempadan dapat dikekang sebaik mungkin.

Menurutnya, selain itu PPM turut menjalinkan kerjasama utuh dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPD) berkaitan penyeludupan barang kawalan.

“Dalam tempoh tiga tahun sehingga September tahun ini, PMM telah merampas pelbagai barangan seludup termasuk kawalan berjumlah RM193.4 juta.

“Antara  barang kawalan itu ialah minyak masak, diesel dan tepung gandum dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat PPM Wilayah Tiga di sini hari ini.

Norzaid memberitahu, kerjasama melibatkan pelbagai agensi itu sudah digerakan sejak tahun 2018.

Katanya, PPM akan terus mempertingkatkan lagi kawalan dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan serta undang-undang negara.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya