Tiga pekerja asing cedera, kilang terbakar

Tiga pekerja asing cedera, kilang terbakar

TIGA buah kilang terbakar di Kawasan Perindustrian SILC, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Tiga pekerja asing dipercayai pekerja kilang cedera dalam kebakaran membabitkan tiga buah kilang di Kawasan Perindustrian SILC, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, ketiga-tiga mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk menerima rawatan lanjut.

Pihaknya menerima laporan daripada orang awam tentang kebakaran itu pada pukul 11.45 pagi.

“Salah sebuah kilang tersebut dipercayai kilang penyimpanan kimia, termasuk ‘thinner’. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi,” katanya ditemui, di sini.

Kumarasan berkata, kebakaran itu berjaya dikawal oleh pihak bomba dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak panik dan menghampiri kawasan kejadian.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Penguasa Bomba Kanan (PBK) I Mohamad Anuar Mohamad Amdzah berkata, seramai 39 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian, termasuk dari BBP Larkin, BBP Skudai, BBP Pekan Nenas, BBP Pontian Baru dan BBP Sebana Cove.

Beliau berkata, operasi pemadaman masih dijalankan ketika ini.

Terdahulu, beberapa  rakaman video tentang kebakaran itu tular dalam media sosial yang memaparkan mangsa mengalami kecederaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN