Tiga hari Istiadat Perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasha

Tiga hari Istiadat Perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasha

AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Siraman sempena Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan di Taman Duta, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Istiadat perkahwinan diraja, Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan pasangan, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan dijadualkan berlangsung selama tiga hari iaitu pada 24, 25 dan 27 Oktober ini di Istana Abdulaziz di sini.

Ia istiadat perkahwinan diraja kedua pada tahun ini selepas Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar pada 22, 23 dan 25 Ogos lalu.

Berita itu dikongsikan menerusi hantaran Facebook Kesultanan Pahang pada hari ini.

Hantaran itu turut memaklumkan, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Siraman sempena bakal berlangsung Istiadat Perkahwinan Diraja di Taman Duta, Kuala Lumpur semalam.

Baginda berdua turut berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal di Taman Duta, semalam.

Majlis Adat Midodareni merupakan salah satu acara sempena Istiadat Perkahwinan Putera Diraja Tengku Muhammad Iskandar dengan Tengku Natasya Puteri.

Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Che Puan Panglima Raja, Puteri Suraiya Afzan, Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Ilyana.

Terdahulu pada kelmarin, Tunku Azizah Aminah berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri di Taman Duta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN